Wednesday 14 December 2016

ADOBE ILLUSTATOR

Adobe Illustrator

Dalam aplikasi ini saya memilih untuk membuat kad kahwin. ilmu ini dapat saya guna nanti untuk perkahwinan sendiri jimat hehe..

langkah-langkah
1. pilih saiz kad kahwin yang anda suka sebagai contoh saya menggunkan saiz ini (4x9 inci)
2. anda boleh memilih item untuk dimasukkan dalam kad tersebut seperti bunga atau item yang lagi menarik boleh dapat pada laman web 'freepik.com' dan tulisan yang cantik-cantik pada laman web 'dafont.com'.
3. anda boleh menghias kad dengan gambar yang menarik untuk dimasukkan pada kad tersebut dengan klik kanan dan pilih ungroup
4.untuk membuat peta anda perlu cari lokasi rumah anda pada google maps dan guna tool dan klik pada gambar pen setelah itu buat garisan pada lokasi yang anda pilih. Setelah itu, letakkan icon rumah atau sebagainya yang boleh dijadikan mercu tanda untuk memudahkan tetamu untuk datang ke majlis tersebut.
5. selepas semua selesai ,anda boleh save kad kahwin tersebut dan klik 'save for web'



selesai..untuk pemahaman yang lebih lanjut anda boleh belajar melalui orang yang lebih tahu tentang ini ataupun melalui youtube..heheh selamat mencuba

audacity

AUDACITY

aplikasi ini adalah untuk merekod suara kita bersama-sama dengan muzik. Anda boleh masukkan lagu yang minus one selepas itu anda nyanyi hehe.. suara sedap atau tidak belakang cerita yang penting buat benda ini best..haha

jom kita cuba buat

1. anda perlu masukkan lagu yang anda suka iaitu klik pada file, selepas itu tekan import dan pilih audio dan anda boleh pilih lagu apa yang anda suka yang ada dalam laptop atau boleh download.


2. anda boleh dengar muzik sambil perhatikan bahagian mana yang anda ingin nyanyi lihat pada timer dia dan hightlightkan. Setelah itu, anda boleh mula merekod suara iaitu tekan pada button recording.

3. setelah anda merekod suara anda mungkin ada bahagian yang kurang menjadikan? jadi anda boleh potong bahagian tersebut dengan menekan butang stop. Selepas itu, highlightkan bahagian tersebut dan klik pada bahagian edit dan delete. contoh seperti di bawah :


4. setelah selesai merakam dan memotong bahagian yang tidak menjadi serta anda berpuas hati dengan nyanyian anda tersebut. Anda boleh save hasil kerja tersebut dengan klik file dan save project as. selepas itu, anda boleh simpannya dalam bentuk MP3 dengan klik export audio.. dan selesaii selamat mencuba..

movie maker


untuk tugasan ini saya perlu laksanakan satu video pendek melalui aplikasi movie maker yang perlu ada kandungan ini :

1. gambar
2.video
3.lagu
4.teks

dalam tugasan ini saya telah memilih untuk membuat video yang berkaitan dengan tarian yang ada di negeri saya iaitu tanah rendah sekebun bunga negeri Kelantan iaitu Tarian Asyik

langkah-langkah
1. untuk masukkan video,gambar atau muzik ke dalam aplikasi movie maker, anda perlu klik pada tool bar ''add video and photo'' dan untuk muzik ''add music'' dan masukkan apa yang anda inginkan . selain itu, untuk memudahkan kerja anda membuat video ini anda perlu letakkan video,gambar, dan lagu dalam satu file.


2.untuk menghasilkan teks pada gambar yang dipaparkan, anda perlu klik pada caption


3. anda boleh mengubahsuai segala gambar dan teks untuk letakkan sebelum atau selepas apa-apa sahaja yang anda inginkan untuk memanjangkan atau memendekkan masa.
4. Setelah selesai kesemua, anda boleh menyimpan hasil kerja anda pada "save project as'' dan untuk menjadikan ia dalam bentuk video anda perlu save pada "save movie''.

sekian sahaja untuk movie maker..selamat mencuba anda boleh mencuba setiap apa yang ada dalam aplikasi ini dengan lebih mendalam lagi..


MICROSOFT POWERPOINT

POWERPOINT

ini adalah tugasan ketiga saya untuk kelas MTE. Antara kandungan yang perlu ada dalam tugasan ini ialah:

1. Bertemakan 'ini kisah saya'
2.minimum 10 slides
3. isi: latar belakang,biodata, dan kisah keluarga
4. wajib ada : satu video,gambar, button arahan dan animasi teks grafik

Ini adalah muka depan untuk slides saya

langkah-langkah
1. masukkan gambar atau apa-apa sahaja yang anda ingin kongsikan selepas itu tekan pada new slides yang terletak dekat atas untuk slides yang seterusnya
2. cara-cara untuk menghasilkan hyperlink. Anda perlu membina kotak atau point utama untuk slides yang seterusnya contohnya seperti dibawah:


sebagai contoh anda ingin gunakan hyperlink untuk latar belakang, anda perlu highlightkan perkataan tersebut dan klik pada bahagian insert dan pilih hyperlink setelah itu, anda perlu memilih hyperlink untuk slides yang ke berapa


3. untuk memuatnaik sebarang video, anda hanya perlu tekan insert dan pilih video untuk dimasukkan
4. untuk menghasilkan button arahan pada video yang telah anda upload anda perlu menyediakan kotak 'play,pause dan stop'. Selepas itu, anda perlu klik pada animation pane dan gunakan trigger untuk meletakkan fungsi tersebut. Untuk menambah fungsi trigger anda hanya perlu klik add animation.


5. untuk memastikan button dan hyperlink anda itu berfungsi dengan baik anda perlu tekan slides show dan cuba klik balik button arahan itu berfungsi atau tidak. selamat mencuba.

Monday 5 December 2016

EXCEL

Assalmualaikum..
ok hari ini saya akan cerita bagaimana cara-cara nak guna Microsoff Excel

.PELAJAR DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN JADUAL BAGI MEMASUKKAN MARKAH TAHUNAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP BAGI 20 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI:


1) 20% DARI MARKAH KUIZ
2) 30% DARI MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
3) 50% DARI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
4) JUMLAH MARKAH KESELURUHAN DAN
5) GRED DENGAN MENGGUNAKAN FUNGSI TERTENTU YANG TELAH DIPELAJARI
6) MEMBINA GRAF BAGI MENUNJUKKAN PERATUS PENCAPAIAN

Pertama sekali anda harus senaraikan nama-nama pelajar tingkatan 3 Melati tersebut seperti ini :


setelah selesai masukkan senarai nama pelajar, tekan dekat sheet baru untuk masukkan kehadiran pelajar pula seperti di bawah ini :


setelah masukkan kehadiran pelajar, tekan sheet baru untuk masukkan markah untuk pelajar anda seperti ini selepas itu jumlahkan dan masukkan gred markah


selepas itu, anda perlu tekan sheet yang baharu untuk membuat gred seperti ini:


klik pada helaian markah, selepas itu tekan (untuk menggunakan VLOOKUP)
-menu bar
-tekan formulas
-tekan Fx Insert Function 
-pilih category lookup&reference
-pilih function VLOOKUP
-akhir sekali ok




-setelah tekan ok akan keluar seperti di atas, pada Lookup-value tekan pada markah yang hendak diberikan gred
- tekan pada Table-array, pilih helaian gred dan highlightkan semua jadual skla gred sampai bawah yang akhir sekali. untuk menetapkan bahawa kita merujuk kepada julat ini sahaja, anda hendaklah menambahkan simbol $ selepas huruf atau antara nombor dan huruf sebagai contoh B$: C$15
- tekan col-indek -num dan taipkan 2 iaitu masukkan ruang atau nilai yang hendak dikembalikan kepada lajur nanti.
- untuk Range_Lookup pula taipkan TRUE or FALSE dah selesai untuk VLOOKUP

Menggunakan Countif

selepas membina gred pelajar bagi setiap markah peperiksaan , anda perlu mengira jumlah bagi setiap skala gred yang diperolehi.

untuk menggunakan countif langkah - langkah :
1. salinkan skala gred
2.tekan pada menu bar, tekan Formulas
3. tekan Fx Insert Funtion dan pilih pada select a category pilih Statistical
4.pada kotak select a function pilih COUNTIF dan klik ok



setelah klik ok akan keluar seperti ini :


-pada Range pilih gred dari atas hingga ke bawah iaitu gred yang telah dibina sebelum ini. Untuk menetapkan bahawa kita merujuk pada julat ini sahaja, hendaklah menambah simbol $ antara huruf dan nombor 
- pada Criteria, taipkan TH merujuk skala yang dikehendaki dan tekan ok 
-contoh seperti yang tentera di atas

Akhir sekali untuk masukkan graf. Untuk pemilihan graf, anda perlu highlightkan semuagred dan tekan insert di bahagian atas dan kemudian tekan column dan pilihlah graf yang macam mana anda suka dan inilah hasilnya 


Sekian sahaja untuk excel maaf atas kekurangan yang berlaku kerana saya sendiri masih belajar dan mendalami benda ini dengan lebih lagi untuk kegunaan kelak.